Lirik Lagu Exists - Siapa Selain Aku



Apa kataku
Kini semua telah terbukti
Tak bererti cintamu lagi
Saat ini

Itulah yang kau mahu
Hingga meninggalkan aku
Pedih yang kurasai
Hilang belum pun berganti

Apa yang kau ingini
Sudah pun aku penuhi
Mengasihimu tanpa ada keraguanku

Kau campakkan jauh cintaku
Kau balaskan pahit hempedu
Gejolak hati menghiris kesetiaan

Telah kuduga
Pedih ini menikam dada
Keikhlasan kasihku akan
Dipersenda

Tak mungkin kau dugai
Apa yang kuharungi
Pedih yang kuratapi
Kau tanggal semua janji

Bukan aku kesalkan saat pemergianmu
Cuma takutkan hukum yang kau kan terima
Kerana di kala itu ku tiada di sisimu
Untuk menolong kau seperti kelmarin dulu

Biarku yang luka ku lebih rela
Asal kau bahagia

Previous
Next Post »